Friday, April 8, 2011

Indahnya SabaR...

Jika tiada lg pintu sabar..kiter kemana????

Jiwa orang Mukmin.. sebarkanlah di dalamnya erti sabar. Fahami dan hayati. Memang ALLAH telah menjadikan manusia sentiasa dalam keadaan menghadapi kesulitan dan kesukaran.

Sabar itulah kekuatan, padanya ada kemuliaan..

Tahanlah hati sebentar, walaupun terkadang ia mendesah-desah seolah-olah ingin pecah. Untuk menggapai kejayaan perlu sabar. Untuk mendapatkan kebahagiaan perlu kepada sabar. Untuk mendapat kesenangan perlu kepada sabar.

Orang beriman yang bertani diambil pengajaran darinya - setiap hari ia menyangkul tanah, digembur, di tanam tanaman, dibajai, disirami dengan air. Selalulah ia berharap kepada ALLAH agar tanamannya gemuk. Semoga di hari yang mendatang akan dituai hasilnya buat makan sehari-hari.

Dia tidak lupa mengerjakan kewajipan yang disuruh ALLAH, malah ia gemar pula bersedekah pada orang yang susah walaupun dia sendiri sudah sedia sukar hidupnya.

Lalu ALLAH ingin menguji kekuatan iman - diberikan hujan dari langit hingga habis rezeki si petani yang selama ini ditanam, dikerah tenaga dan air peluhnya. Keesokan harinya petani yang beriman itu terkejut melihat tanamannya telah habis musnah. Jika tiada imannya pada hari itu, hendak sahaja ia menjerit, memaki hamun takdir ALLAH. Mungkin sahaja hilang akalnya kerna memikirkan penat lelahnya selama ini habis percuma begitu sahaja.

Tetapi kerana iman yang masih melekat di hatinya - diturut sahaja perkataan sabar kerana ALLAH. Petani yang beriman itu tersenyum - Ya ALLAH, harini Engkau berikanku ujian, Aku bersyukur ia hanya mengenai tanamanku, tetapi ia tidak menggugat imanku. Aku pastinya akan lebih berusaha bersungguh-sungguh kerana walaupun tanamanku digenangi air. Tetapi nampaknya banyak ikan yang berenang sebagai rezeki yang tidak diduga telah Engkau berikan..

"Dan kerana kesabaran mereka (mengerjakan suruhan ALLAH dan meninggalkan laranganNya) , mereka dibalas oleh ALLAH dengan syurga dan (persalinan dari) sutera. "(Al Insan:12)

No comments:

Post a Comment