Monday, November 8, 2010

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN AKHIR!!!


“Rabbi yassir wala tu’assir wa tammim umurona bil khair waj ‘alna minan najihin fiddunya wal akhirah…”

Aminnnn….

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Maaf, Lujnah Kebajikan PMIUTM (LKPMIUTM) sudah lama tidak menulis, menukil atau berkongsi sebarang perkembangan dan lain-lain lagi atau ayat yang lebih tepatnya meng’update’ blog ini disebabkan beberapa masalah yang tidak boleh dielakkan. Sepuluh jari kami susun di atas kesulitan ini. InsyaAllah selepas ini blog ini akan di’update’ selalu (^_^).. Ribuan terima kasih buat para pembaca yang setia dan sudi menjenguk blog LKPMIUTM.

Tanggal 8 November 2010 merupakan hari pertama bermulanya ‘peperangan’ terbesar bagi insan yang bergelar mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Setelah satu semester mahasiswa dan mahasiswi UTM berhempas pulas menghadiri kuliah, menyiapkan tugasan, ‘presentation project’, ujian dan kuiz, PSM dan lain-lain lagi bagi memperolehi separuh daripada markah keseluruhan, kini tibalah masanya mahasiswa dan mahasiswi mencurahkan idea dan ilmu yang telah dipelajari dan dihadami sebelum ini di atas berkeping-keping kertas yang sinonim dengan peperiksaan.

Dalam pada masa kita semua sibuk menelaah dan mengulangkaji pelajaran, perkara-perkara sampingan jangan dilupa. Di samping kita semua bergantung harapan pada Allah SWT dan menjaga hubungan denganNYA, jangan pula kita lupa perkara-perkara sampingan yang boleh mendatangkan mudharat kepada minda dan hati kita. Di sini, LKPMIUTM ingin berkongsi akan perkara-perkara yang boleh membuatkan minda kita tumpul. Antaranya:

· Kurangkan makan bawang besar

· Kurangkan makan berempah

· Kurangkan makan ketumbar kering

· Kurangkan menonton hiburan

· Kurangkan membaca majalah hiburan

· Kurangkan ketawa yang panjang atau terbahak-bahak

· Kurangkan minuman air batu,air dalam tin(100 plus dan lain2)

· Kurangkan makan organ dalaman ayam terutamanya kanak2

· Jangan makan kepala ikan

· Jangan minum air yang ada semut

· Jangan tidur selepas subuh

· Jangan tidur selepas asar

· Jangan tidur selepas makan

· Jangan makan terlalu kenyang

· Jangan makan berat selepas jam 9.00 malam

· Jangan menyapu rumah pada waktu malam

· Jangan makan yang masam-masam berlebihan

· Jangan dicampur makan laut dan darat dalam satu hidangan

· Jangan minum susu selepas memakan daging/ayam

Sebaliknya Imam Shafie ada memberi petua untuk menajamkan minda dan akal kita iaitu dengan:

· tidak banyak berbual kosong

· rajin bersugi (gosok gigi)

· bercakap dengan orang soleh

· bergaul dengan para ulama

Sehubungan dengan itu, pihak LKPMIUTM ingin mengucapkan selamat menghadapi peperiksaan akhir semester kali ini dengan penuh semangat, tabah dan berharap agar mahasiswa mahupun mahasiswi telah membuat persiapan mental mahupun fizikal untuk meneruskan perjuangan.

“Bitaufiq wa Najah!!!”

Thursday, August 5, 2010

SEJIWA' 10


Alhamdulillah sudah hampir beberapa minggu program SEJIWA' 10 melabuhkan tirainya. Namun sehingga kini masih terngiang-ngiang setiap bait kata yang di diperkatakan oleh ustaz hasrizal. Setiap perkataan yang diungkapkan mempunyai messagenya yang tersendiri sehinggakan sehari berlalu tanpa sedar. Slot pertama berkaitan percaya untuk berjaya, saya yakin slot ini telah berjaya menjadi perangsang baru kepada para mahsiswa bagi terus melangkah dengan lebih maju kehadapan. Slot berkaitan kuasa rancang untuk menang pula amat menekankan kepentingan perancangan yang rapi dan tersusun. Ini kerana dengan perancangan yang tersusun sudah pasti ianya lebih memudahkan kita untuk menggapai kejayaan.Dan slot terakhir pula berkaitan solat. Di sini kita dapat melihat bagaimana solat itu teramat-amat penting dalam kehidupan seorang muslim. Oleh itu, saya yakin dan percaya semua mahasiswa yang datang pada hari tersebut mendapat banyak ilmu-ilmu baru. Dan program ini dirasakan banyak membantu mahasiswa dalam memotivasi diri mereka. Oleh yang demikian, di kesempatan yang ada ini saya mewakili lujnah kebajikan ingin merakamkan sekalung ucapan terima kasih kepada mahasiswa yang telah turut serta pada hari tersebut dan kami ingin memohaon maaf atas segala kekurangan sepanjang program tersebut berlangsung.Semoga ilmu yang diperolehi dapat kita aplikasikan dalam kehidupan seharian bagi menjadi diri lebih berjaya. Bukan sahaja berjaya di dunia tetapi yang lebih utama adalah di negeri yang kekal selamanya..Insyaallah........

-YOU ARE WHAT YOU BELIEVE-

Thursday, July 8, 2010

Ayuh Kita Bina Semangat Baru

Assalamualaikum..
Belum terlambat rasanya kami daripada Lujnah Kebajikan PMIUTM mengucapkan ahlan wasahlan kepada mahasiswa/i baru yang telah menjejakkan kaki ke bumi UTM (Universiti Tarbiyah Mahasiswa/i). Tidak lupa, juga kami mengucapkan ahlan wasahlan kepada mahasiswa/i yg telah lama berada di UTM.

Ayuh mahasiswa/i, kita bina semangat baru. Kita bina azam baru. Buat mahasiswa/i, rebutlah segala peluang kemahiran yang terdapat di UTM yang mana peluang-peluang tersebut tidak diajar di dewan kuliah masing-masing.

Thursday, March 4, 2010

Pisang dan Hati


Maryam, guru kelas Tadika menganjurkan satu permainan yang sungguh menarik untuk murid-muridnya. Setiap murid diminta membawa beg plastik yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci ke kelas pada esok hari. Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa bergantung kepada jumlah orang yang dibenci.

Keesokan harinya, setiap murid membawa beg plastic berisi pisang masing-masing. Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan paling banyak lapan biji. Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci.

"Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi selama seminggu. Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya" beritahu Cikgu Maryam. Kanak-kanak tersebut menyimpan pisang masing-masing di dalam beg.

Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik-bintik dan akhirnya menjadi busuk . Kanak-kanak itu mula merungut dan marah. Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat, badan berbau busuk. Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan.

Seminggu berlalu, pagi-pagi lagi murid-murid Maryam sudah bersorak. Permainan sudah tamat. Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu dibawa.

"Okey semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selama seminggu?" tanya Cikgu Mayam. Semuanya serentak mengatakan mereka benci permainan itu. Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir. Lebih teruk lagi, terpaksa tidur, makan, mandi, bermain dan menonton TV dengan bau busuk.

"Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada orang lain dalam hati. Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan membawanya ke mana saja kita pergi. Jika kamu sendiri tidak boleh tahan dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu, cuba bayangkan apa akan jadi kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup kamu" beritahu Cikgu Maryam.

Maryam mengingatkan anak muridnya supaya membuang jauh-jauh perasaan benci daripada membebani hidup. Kemaafan adalah yang terbaik. Menyayangi lebih baik darpada membenci. Moralnya, jangan letak pisang dalam beg. Jangan simpan kebencian, dendam kesumat dan apa-apa yang mazmumah dalam hati. Macam pisang yg makin membusuk, begitu juga hati.


Dipetik dari iluvislam.com

Wednesday, February 10, 2010

SIAPA WANITA ITU??


-buat wanita itu-

SIAPA DIA WANITA ITU?
WANITA HARTAWAN SERTA DERMAWAN
KETURUNAN TERKENAL ZAMAN-BERZAMAN
AGAMA MENAWAN, TERPIKATLAH YANG BERIMAN.

SIAPA DIA WANITA ITU?
INDAH PEKERTI MEMIKAT HATI
TEGAS, BERKARISMA, LANGKAHNYA RAPI
CEKAL JIWANYA WALAU DIUJI.

SIAPA DIA WANITA ITU?
IBARAT MAWAR YANG SENTIASA BERDURI
DIPAGAR DIRI, DIKAWAL HATI
DARI NAFSU YANG SENTIASA MEMBURUI.

SIAPA DIA WANITA ITU?
BIJAK BICARA KENTALNYA DIRI
MATINYA SYAHID CINTA TERTINGGI
DEMI MENGHARAP CINTA ILLAHI.

ITU DIA WANITA ITU
DALAM DIRI-MU WAHAI SERIKANDI
SENTIASA MENCARI REDHA ILLAHI
KASIHI SUNNAH RASULULLAH TERPUJI

~nazirah-

Tuesday, February 9, 2010


Rasulullah SAW Dan Pengemis Buta
Editor: lailatulema

Di satu sudut pasar Madinah Al- Munawarah ada seorang pengemis Yahudi buta, hari demi hari apabila ada orang yang mendekatinya ia selalu berkata "Wahai saudaraku jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya kalian akan dipengaruhinya".


Namun tanpa disedari pengemis Yahudi buta, setiap pagi Rasulullah saw mendatanginya dengan membawa makanan, dan tanpa berkata sepatah kata pun Rasulullah saw menyuapi makanan yang dibawanya kepada pengemis itu walaupun pengemis itu selalu berpesan agar tidak mendekati orang yang bernama Muhammad. Begitulah yang dilakukan oleh baginda pada setiap hari sehinggalah ke saat kewafatannya.


Setelah kewafatan Rasulullah tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu. Suatu hari Abu Bakar r. a berkunjung ke rumah anaknya Aisyah. Beliau bertanya kepada anaknya, "Anakku adakah sunnah kekasihku yang belum aku kerjakan", Aisyah menjawab pertayaan ayahnya, "Wahai ayahanda engkau adalah seorang ahli sunnah dan hampir tidak ada satu sunnah pun yang belum ayahanda lakukan kecuali satu sunnah saja". "Apakah itu?", tanya Abu Bakar r. a. "Setiap pagi Rasulullah saw selalu pergi ke hujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang berada di sana", kata Aisyah.


Keesokan harinya Abu Bakar r. a pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikannya kepada pengemis itu. Abu Bakar r. a mendatangi pengemis itu dan memberikan makanan itu kepada nya. Ketika Abu Bakar r. a mulai menyuapinya, si pengemis itu marah sambil berteriak, "Siapakah kamu?". Abu Bakar r. a menjawab, "Aku orang yang biasa". "Bukan !, engkau bukan orang yang biasa mendatangiku", jawab si pengemis buta itu.Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tetapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut dengan mulutnya setelah itu ia berikan kepada pada aku dengan mulutnya sendiri", pengemis itu melanjutkan perkataannya.


Abu Bakar r. a tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata kepada pengemis itu, aku memang bukan orang yang biasa datang pada mu, aku adalah salah seorang daripada sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada lagi. Ia adalah Muhammad Rasulullah saw. Setelah pengemis itu mendengar cerita Abu Bakar r. a ia pun menangis dan kemudian berkata,"Benarkah demikian? Selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, ia tidak pernah memarahiku sedikit pun, malah ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, ia begitu mulia.... " dan pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadah dihadapan Abu Bakar r.a.

Sunday, January 17, 2010

MANA ADA MILIK KITA?

~raBBani~

Mana milik kita?
Tidak ada milik kita
Semua yang ada
Allah yang punya

Tidak ada kita punya
Kita hanya mengusahakan saja
Apa yang kita dapat
Allah sudah sediakannya

Kita Allah punya
Dunia ini ciptaan-Nya


Miliklah apa saja
Tidak terlepas dari ciptaan-Nya
Mana kita punya
Tidak ada kepunyaan kita

Kita hanya mengusahakan
Apa yang telah ada

Mengapa kita sombong
Memiliki Allah punya

Mengapa tidak malu
Kepada Allah yang empunya
Patut bersyukur kepada Allah
Yang memberi segalanya

Malulah kepada Allah
Kerana milik Ia punya

Janganlah berbangga
Apa yang ada pada kita
Kalau Allah tidak beri
Kita tidak punya apa-apa

Janganlah mengungkit
Mengungkit jasa kita
Jasa kita di sisi-Nya
Yang sebenarnya Allah punya

Marilah kita bersyukur
Bukan berbangga



Bersyukur kepada Allah
Bukan mengungkit jasa
Gunakanlah nikmat Allah itu
Untuk khidmat kepada-Nya

Selepas itu lupakan saja
Agar tidak mengungkit-ungkitnya

Wednesday, January 13, 2010

L-care disana sini...

Assalamualaikum

Agak lama juga blog LK menyepi tanpa berita. Menyepi buka bermakna terhentinya dakwah kami warga lujnah kebajikan PMIutm. Syukur di panjatkan kepada Allah SWT, kerana berkesempatan untuk kali ini kami postkan gambar ziarah l-care ke pusat kesihatan. Pengembaraan ahli l-care di pusat kesihatan begitu bermakna sekali, dimana kedatangan kami telah mengegarkan pusat kesihatan dengan melakukan penziarahan kemakmal-makmal ujian, klinik pergigian, wad pesakit dan sebagainya. Kami juga tidak melepaskan peluang untuk beramah mesra bersama warga staf PK, pengunjung-pengunjung PK dan pesakit-pesakit umum warga UTM yang datang ke PK pada hari berkenaan.
Terima kasih kami ucapkan diatas layanan yang begitu istimewa daripada pengarah PK sendiri dan juga warga staf PK. Semoga bertemu lagi.

Kusyuk mendengar penerangan daripada Pengarah PK

bermulanya 1 pengembaraan didalam PK

Wad sementara

Lawatan ke wad pesakit

Penerangan demi penerangan disampaikan

Lawatan ke klinik pergigian

Pengembaraan meneroka PK diteruskan lagi

Lawatan ke makmal ujian

Akhir sekali, terima kasih buat Pengarah PK, seluruh staf PK dan pada sesiapa sahaja yang terlibat secara langsung mahupun tidak kerana telah memberikan kerjasama sepenuhnya kepada kami. Kami warga Lujnah Kebajikan PMIUTM Perihatin Kepada Semua.

Forum Isu Semasa