Wednesday, August 19, 2009

AHLAN WA SAHLAN YA RAMADHAN.

Setiap orang yang mengaku beriman dengan kebesaran Allah pasti akan bergembira apabila tiba bulan Ramadhan Al Mubarak di setiap tahun. Ini disebabkan Ramadhan satu-satunya bulan yang penuh dengan rahmat dan keberkatan yang tidak terdapat di dalam bulan-bulan yang lain, oleh sebab itu Rasulullah s.a.w. menjelaskan Ramadhan adalah penghulu kepada sebelas bulan yang lain. Hanya orang yang kenal kelebihan Ramadhan sahaja yang akan bersedia bila menjelangnya bulan yang mulia ini. Betapa besarnya fadilat bulan Ramadhan ini dapat kita fahami dari hadis Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim yang bererti:

Apabila masuk bulan Ramadhan maka dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka serta diikat semua iblis dan syaitan.

Oleh kerana itu apabila seorang melangkah masuk ke bulan Ramadhan bererti mereka memasuki gerbang pertapaan yang penuh dengan ujian dan latihan. Kerana itu sudah sewajarnyalah kita membuat persiapan yang perlu dari segi rohani dan jasmani iaitu.

1. Mengulangi kembali pelajaran-pelajaran yang berkaitan dengan puasa agar kita memasuki dan menjalani amalan puasa ini dengan pengetahuan dan yang dibaharui dengan pedoman-pedoman yang baik serta pengalaman-pelangalam yang baru dan sempurna. Pelajaran-pelajaran itu hendaklah yang berhubung dengan rukum, syarat sah, syarat membatalkan puasa, perkara-perkara sunat, makruh, abad berpuasa dan hikmat yang terkandung serta perlaksanaan ibadat puasa yang merupakan ibadat yang istimewa ini.

2. Membuat persiapan dari segi Rohani rasa hati dan ketenangan jiwa dalam menghadapi bulan puasa sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. dan para sahabat baginda.

3. Membanyakkan doa moga-moga Allah memberikan kesihatan, tenaga, kelapangan dan kesempatan mengerjakan puasa dan mudah-mudahan Allah memberikan taufik dan hidayahNya supaya kita dapat menunaikan puasa dengan hati yang jujur, tulus ikhlas dijauhi dari riak, ujub dan dari segala rupa penyakit yang menghilangkan pahala puasa.

4. Menguatkan semangat dan hemat untuk melaksanakan latihan yang akan kita jalani sepanjang bulan ini dengan sempurna agar kita memperolehi kesan yang dimaksudkan iaitu peningkatan ketaqwaan kita kepada Allah s.w.t.

Bulan puasa itu merupakan bulan latihan berjihad memerangi hawa nafsu yang loba dan tamak. Bulan puasa adalah bulan bercucuk tanam untuk akhirat, bulan menghasilkan bekalan untuk hari kemudian, bulan membersihkan dan menyuci diri dari berbagai dosa dan noda serta menghiasi diri dengan budi yang tinggi dan pekerti yang luhur.

Maka oleh itu hendaklah kita menyediakan diri kita dalam melaksanakan hak puasa dengan perkataan-perkataan dan perbuatan-perbuatan yang baik dengan sepenuh hati, jujur dan ikhlas semata-mata kerana Allah.

Kita hendaklah berusaha menyediakan diri untuk menjaga benih-benih amal yang kita tanam di bulan Ramadhan itu kerana seorang yang menanam benih jika tidak membaja, menyiram serta memelihara pasti tidak akan mengeluarkan hasil yang baik apabila datang masa menuai tegasnya semasa berhadapan dengan Allah s.w.t.

Kita hendaklah mengelakkan daripada kebiasan-kebiasan yang memberatkan dan merugikan diri kita seperti berbelanja berlebihan, boros, suka berhibur, membuang masa dan bersembang yang tidak mendatangkan faedah kerana perkara-perkara tersebut adalah bertentangan dengan hikmat berpuasa. Sebaliknya hendaklah kita menyambut bulan puasa dengna cita-cita dan azam yang tinggi membanyakkan ibadah samada siang atau malam hari dengan kemahuan hendak melatih diri serta mensucikan jiwa.

Kita hendaklah mengucapkan tahniah di atas kedatangan bulan Ramadhan itu kerana ianya merupakan hak muslim ke atas muslim. Rasulullah S.A.W. pernah bersabda yang bermaksud:

Daripada hak seorang muslim kepada muslim yang lain ialah apabila mereka menerima kebaikan hendaklah kita mengucapkan tahniah.

Diriwayatkan oleh Ahmad dan Nasaie daripada Abi Khurairah bahawa Rasulullah s.a.w. sentiasa menggembirakan para sahabat di atas kedatangan bulan Ramadhan, bulan yang membawa rahmat serta nikmat yang tidak terhingga kepada mereka yang berpuasa, bulan melebur dosa dan memerdekan hambanya dari azab api neraka.

Rasulullah s.a.w. menggembirakan para sahabatnya dengan sabda baginda:

Ertinya: Sesungguhnya akan datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang diberkati, Allah mewajibkan kamu berpuasa di dalamnya. Pada bulan Ramadhan dibuka pintu-pintu syurga, dikunci semua pintu neraka, dibelenggu semua syaitan. Di malamnya ada satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Barangsiapa yang tidak memperolehi kebajikan pada malam itu berertilah diharamkan baginya segala kebaikan untuk dirinya.

Terkadang-kadang Rasulullah s.a.w. mengucapkan kepada para Sahabat ucapan yang bermaksud:

Telah datang kepada kamu bulan Ramadhan Penghulu segala bulan , maka selamat datanglah kamu kepadaNya. Maka telah datang bulan puasa membawa segala macam keberkatan. Oleh yang demikian muliakan tetamu yang datang itu dengan seberapa baik.

Daripada hadis-hadis di atas dapatlah kita membuat kesimpulan:-

1. Bahawasanya bulan Ramadhan adalah bulan istimewa bulan yang penuh dengan keberkatan dan rahmat dari Allah s.w.t. Sewajarnyalah setiap muslim mengambil kesempatan daripada ketibaan bulan Ramadhan Al Mubarak ini dengan memperbanyakkan amal-amal soleh samada disiang hari atau dimalamnya.

Bulan Ramadhan adalah bulan pendidikan dan latihan maka setiap orang yang menerima kedatangan bulan Ramadhan ini hendaklah membuat persiapan yang sekucupnya samada dari segi jiwa, fizikal dan spiritual.

Monday, July 20, 2009

IFTAR MAHABBAH

ANJURAN : LUJNAH KEBAJIKAN PERSATUAN MAHASISWA ISLAM
TEMPAT : DEWAN AL-GHAZALI, PUSAT ISLAM@MSI.
MASA : 6.30 PM - PENGISIAN MINDA
7.3P PM - MAJLIS BERBUKA PUASA
HARI : SETIAP HARI ISNIN


SEMUA WARGA KAMPUS DI JEMPUT HADIR :)

Saturday, May 16, 2009

JOM HONEY MOON!!

Panjatkan penuh kesyukuran seinfiniti yg mungkin ke hadrat Allah SWT kerana masih di beri peluang untuk menumpang kasih menanam benih untuk bekalan di akhirat sana. Lama rasanya blog LK di tinggalkan sunyi tanpa berita, hanya informasi yang kekal menghiasi wajah. Alhamdulillah hari ini Allah beri kesempatan pada "penulis" untuk mencoret sesuatu di entry maya. Biar "penulis" mulakan. "Penulis" masih teringat kata-kata cikgu "Penulis" di sekolah satu ketika dahulu, "ha, form4 ni bukannya masa honey moon. Ini masa permulaan untuk hadapi SPM waktu form5 nanti." Perkataan "Honey Moon" sentiasa terngiang2 di telinga "penulis". Apa erti sebenar perkataan "HONEY MOON" di kalangan pelajar mahu pun mahasiswa?? mesti pembaca suda mengagak apa yg "penulis" ingin cuba sampaikan. Honey moon@ s'bg bulan madu sangat sinonaim di kalangan insan yang masih menuntut. bahkan perkataan ini menjadi mainan bibir bg sesiapa yang dah habis EXAM. Macam "penulis". adakah "penulis" jg akn ber Honey moon seperti yg dijangkakan oleh pembaca???
ohh..sudah tentu penulis pasti akan berHoney moon jg. Over C nun jauh d kepulauan BORNEO. Tp honey moon "penulis" dlm versi lain yg dijangkakan, yg mana inilah masa bg penulis bersenang hati dalam meneruskan agenda dakwah di bumi kelahiran tanpa memikirkan assingment blm siap, test lagi, kelas ganti lagi & mcm2 ada."penulis" teringat kata2 president PMI akh amin, seorang pemimpin jiwanya penuh mencintai agenda dakwah, "Bg ana masa cuti nila ana rasa lg seronok utk bergerak keja, sbb kita tak terbeban dgn study. Ana tak tahula shbt2 mcm mana pula.," Dalam hati "penulis" mengiyakan kata2 beliau. Inilah honey moon yg "penulis" ingin pembaca hayati makna tersirat di sebaliknya.Honeymoon tdk semestinya kita pergi melancong, bersuka ria di festa2 & mcm2 lg. tp makna di sebalik honey moon pd jiwa seorang dai'e iaitu bersuka ria dalam melakukan gerak kerja dalam membantu agama Allah. Tak kisah walau di mana pembaca berada. bahkan di rumah, itu tdk. menjadi masalah.malah agenda dkwh lebih mudah dilaksanakan. Wallahu’alam. “penulis” akhiri ceroten ini dgn ucapan selamat ber “HONEY MOON” sahabat2 seperjuangan ku.CUTI KU UNTUK ISLAM.

Saturday, April 4, 2009

Final Exam


Selamat Ber'Murajaah' kepada semua..

Usaha+Doa+Tawakkal = Berjaya + Syukur 

Tak Usaha+Tak Doa+Tak Tawakkal = Tak Berjaya + nasib la..


"Sesungguhnya Allah tidak merobah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merobah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri"
(Ar-Ra'd 11)

Saturday, March 28, 2009

KEBAJIKAN

Dari Abi Wabishah bin Ma'bad r.a : " Bahawa aku datang kepada Rasulullah SAW lalu baginda bertanya : ' Engkau datang bertanyakan erti kebajikan ? ' Aku menjawab : ' Ya '. Sabda Rasulullah SAW lagi : ' Tanyalah hati engkau. ' Kebajikan itu ialah apa yang mententeramkan diri engkau kepadanya serta mententeramkan hati. Manakala dosa pula ialah apa yang mengganggu jiwa dan meragui dalam dada, walaupun orang ramai telah memberikan engkau fatwa dan terus menfatwakan sesuatu.' "

Imam Nawawi di dalam kitab karangannya Matan Arba'in.

Dari An-Nawwas bin Sim'an r.a, dari Nabi SAW yang bersabda : " Kebajikan itu adalah budi pekerti yang baik. Dan dosa pula adalah apa yang tersimpul di dalam diri engkau dan engkau benci bahawa ia diketahui manusia mengenainya.

Riwayat Muslim.

Wednesday, March 25, 2009

KEMBALIKAN KEGEMILANGAN ISLAM


The image “http://www.islamonline.net/Arabic/alhdth/2007/04/22/images/05.jpg” cannot be displayed, because it contains errors.
BOOOM! Bunyi letupan kuat memecah dinding-dinding ketenangan yang berdiri tegak di atas sejadah keimanan. 11 Zulhijjah menyaksikan sebuah letupan gergasi yang telah menggegarkan sebuah lagi rumah Allah, rumah ibadat yang menjadi kebanggaan insan-insan yang hidup di atas tanah yang dipanggil Sherpao, sebuah kampung kira-kira 25 batu di barat daya bandar raya Peshawar. Ketika hati-hati dalam rumah Allah itu sedang gembira dan khusyuk menjalankan solat berjemaah yang aku kira amat dianjurkan Islam, hari-hari sepatutnya dikorbankan haiwan-haiwan ternakan, menjadi hari terkorbannya 35 orang awan yang tidak berdosa, di mana belas kasihan, mungkin hilang bersama-sama letupan ganas itu?

"Menteri Kesihatan Wilayah Syed Kamal Shah berkata, 35 orang terbunuh dan kira-kira tiga dozen cedera dalam kejadian itu. Ketua Polis wilayah Sharif Virk berkata, seorang daripada anak lelaki Sherpao tercedera"


Ya Allah, hati-hati yang tidak berdosa dijadikan korban. Jangan berasa terkejut jika kita, umat Islam dikaitkan dengan ledakan bom, tidak pula dengan ledakan teknologi ataupun ledakan ilmu. Mungkinkah kita ini benar-benar begitu? Tidak! Firman Allah yang bermaksud:

Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi."...
(Surah Al-Baqarah ; 30)

Khalifah
, tugas besar yang menjadi tanggungjawab manusia untuk mentadbir dunia ini dengan berlandaskan agama. Namun, adakah ini yang diperjuangkan? Adakah Islam menganjurkan keganasan?penghijrahan Rasulullah SAW yang mempunyai signifikasi yang amat besar dalam perjuangan Islam. Konflik di antara suku Aus dan Khazraj ditamatkan dengan mempersaudarakan mereka dengan ikatan semangat Ukhuwwah Islamiyah. Sebelum itu, mereka saling bermusuhan. Peperangan sering tercetus sesama mereka. Di sini, konklusi yang dapat kita perhatikan ialah, Islam memperjuangkan keamanan sejagat, bukan keganasan seumat. Hari-hari dihitung, berapa ramai umat Islam yang mati di atas tangan teman seakidah, seagama dengan mereka. Kejadian di masjid di Sherpao harus kita jadikan sempadan.




Dunia hari ini mengaitkan kita dengan bom, keganasan, pembunuhan, ketidakadilan, macam-macam lagi yang boleh dikaitkan dengan unsur-unsur negatif. Masyarakat mula mendiskusikan aktiviti pengeboman yang dilakukan oleh segelintir persatuan dan pergerakan Islam, operasi pengeboman di tempat-tepat awam pada hari ini menjadi lubuk emas bagi mereka. Mayat-mayat yang dahulunya turut menyembah Allah yang sama, tumbang bergelimpangan, menjadi saksi akan kehilangan semangat yang dulunya pernah dilaung-laungkan dalam perjuangan umat Islam dahulu kala, tika kita disegani dan dihormati dunia. Ledakan bom bukanlah jalan penyelesaian bagi masalah yang kini menjadi barah dalam umat Islam masa kini, ledakan ilmu seharusnya dijadikan sebuah medium perpaduan, medium kebangkitan, medium kegemilangan yang bakal mengembalikan kegemilangan yang telah hilang tika sistem Khalifah jatuh digulingkan oleh umat Islamnya sendiri...


Ketika di bangku sekolah, frasa "matlamat menghalalkan cara" pernah aku lihat dalam buku teks sejarah tingkatan 5, yang pernah menjadi teras perjuangan bagi sesetengah pihak ketika dunia diambang kekecohan. Kini, pendekatan ini dicedok dan dijadikan tunjang ideologi mereka. Pendekatan ini kemudiannya dihalalkan menerusi rasional yang kononnya selaras dengan kepentingan masyarakat umum dan kerasionalannya di war-warkan secara meluas menerusi ideologi-ideologi sejagat.




Kewujudan ideologi sebegini menjadikan kita goyah dan lemah. Ikatan agama yang terbentuk, dirungkai ganas dengan ideologi-ideologi yang nyata menimpang dari ajaran Islam yang sebenar. Maka, berlakulah penyemarakan sentimen kekitaan berlainan ideologi dalam ummah masa kini yang akhirnya menjadikan pertunjukan pertumpahan darah antara umat Islam sebagai tontonan umum yang kini banyak menghiasi dada-dada akhbar. Seharusnya, bukan ledakan bom yang harus kita perbanyakkan, ledakan dalam ilmu Allah harus dijadikan budaya kita agar agama kita tidak dikenali sebagai agama keganasan, namun sebagai agama kejayaan, agama yang benar dan agama yang menggalakkan keamanan. Allah memerintahkan kita untuk menakutkan dan menggentarkan orang-orang kafir, kita seharusnya menggunakan saluran ilmu pengetahuan sebagai wadah perjuangan masa kini.

"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menjadikan. Menjadikan manusia dari segumpal darah"
(al-Alaq ; 1-2)

Demikian ayat Al-Quran yang meletakkan Muhammad SAW sebagai Rasul utusan Allah Ar-Rahman. Ayat-ayat yang menyentuh tentang ilmu, "Bacalah" jelas memaparkan akan kepentingan ilmu, di mana pencarian ilmu menjadi ibadat yang dipandang mulia oleh Islam. Ini menunjukkan betapa Islam meletakkan martabat ilmu begitu tinggi sekali.




Demikian, walaupun sekarang kita dikaitkan dengan ledakan bom, namun adakah kita perlu berdiam diri? Ledakan ilmu dalam umat Islam perlu ditegakkan agar kita, umat Islam sejagat menjadi ummah yang disegani seperti dahulu. Takbir !!!

www.iLuvislam.com


Tuesday, March 17, 2009

blogspot.com atau blogpsot.com atau ...?

Baca apa yang saya nak beritahu ni. Korang tahu pasal web terkenal Blogspot.com? Mesti korang tahu kan. So apa alkisahnya sekarang ni?

Okey macam ni, cuba korang masuk mana url blogspot.com member dan kawan korang guna URL yang betul.. Contohnya URL blog penulis pada blogspot ni http://nikube.blogspot.com/ boleh masuk betul-betul ke blog dia ye tak? cuba korang tersilap taip url… contoh http://nikube.blogpsot.com/.

Ni contoh jer… cuba korang try sendiri guna URL blog kengkawan korang… test jangan tak test… korang akan masuk web macam ni kalau korang silap taip.. Tengok gambar kat bawah..


Kalau korang taip URL dengan betul-betul dia akan keluar blog yang kita nak masuk tu la… Contoh blog penulis yang http://nikube.blogspot.com….

Ni pulak, web yang bakal korang masuk kalau korang silap taip URL dia. Contohnya.. korang taip http://nikube.blogpsot.com. Korang akan masuk web ni.. sumer blogspot URL la.. http://namakorang.blogpsot.com mesti korang akan masuk web nih.. so taip betul-betul bila masuk tuh.. Korang tahu web apa yang bakal korang masuk kalau korang silap tertaip macam ni? korang bakal masuk web BIBLE……

Okey setakat ini sahaja pendedahan dan tips hari ini.. Moga dengan post kali ini korang lebih berhati-hati la kan. Ingat tu.. jangan pandang sebelah mata jer..

sumber: www.nikubes.com

Sunday, March 15, 2009

Just for Intro


"Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan janganlah kamu tolong menolong dalam berbuat dosa dan perlanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya"
                                                                     Al-Maidah 2

Assalamualaikum buat sahabat2..semoga dirahmati Allah..sekadar membuka bicara, atas kewujudan blog baru Lujnah Kebajikan PMIUTM ini..diharapkan segala kekurangan dan ketidaksempurnaan dapat diterima. Kami dari L_CarePMIUTM mengharapkan sebanyak mungkin cadangan dan penambahbaikan ke atas lujnah ini agar ianya menjadi lebih baik dari semasa kesemasa. 

Tuesday, March 3, 2009

Alhamdulillah..

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah, akhirnya blog lujnah kebajikan PMIUTM telah selamat dilancarkan. semoga dapat dimanfaatkan sepenuhnya dan dapat memberi sumbangan kepada Islam..