Friday, April 8, 2011

Indahnya SabaR...

Jika tiada lg pintu sabar..kiter kemana????

Jiwa orang Mukmin.. sebarkanlah di dalamnya erti sabar. Fahami dan hayati. Memang ALLAH telah menjadikan manusia sentiasa dalam keadaan menghadapi kesulitan dan kesukaran.

Sabar itulah kekuatan, padanya ada kemuliaan..

Tahanlah hati sebentar, walaupun terkadang ia mendesah-desah seolah-olah ingin pecah. Untuk menggapai kejayaan perlu sabar. Untuk mendapatkan kebahagiaan perlu kepada sabar. Untuk mendapat kesenangan perlu kepada sabar.

Orang beriman yang bertani diambil pengajaran darinya - setiap hari ia menyangkul tanah, digembur, di tanam tanaman, dibajai, disirami dengan air. Selalulah ia berharap kepada ALLAH agar tanamannya gemuk. Semoga di hari yang mendatang akan dituai hasilnya buat makan sehari-hari.

Dia tidak lupa mengerjakan kewajipan yang disuruh ALLAH, malah ia gemar pula bersedekah pada orang yang susah walaupun dia sendiri sudah sedia sukar hidupnya.

Lalu ALLAH ingin menguji kekuatan iman - diberikan hujan dari langit hingga habis rezeki si petani yang selama ini ditanam, dikerah tenaga dan air peluhnya. Keesokan harinya petani yang beriman itu terkejut melihat tanamannya telah habis musnah. Jika tiada imannya pada hari itu, hendak sahaja ia menjerit, memaki hamun takdir ALLAH. Mungkin sahaja hilang akalnya kerna memikirkan penat lelahnya selama ini habis percuma begitu sahaja.

Tetapi kerana iman yang masih melekat di hatinya - diturut sahaja perkataan sabar kerana ALLAH. Petani yang beriman itu tersenyum - Ya ALLAH, harini Engkau berikanku ujian, Aku bersyukur ia hanya mengenai tanamanku, tetapi ia tidak menggugat imanku. Aku pastinya akan lebih berusaha bersungguh-sungguh kerana walaupun tanamanku digenangi air. Tetapi nampaknya banyak ikan yang berenang sebagai rezeki yang tidak diduga telah Engkau berikan..

"Dan kerana kesabaran mereka (mengerjakan suruhan ALLAH dan meninggalkan laranganNya) , mereka dibalas oleh ALLAH dengan syurga dan (persalinan dari) sutera. "(Al Insan:12)

Thursday, April 7, 2011

TIPS MENGHADAPI PEPERIKSAAN

Assalammualaikum wbt, Nampaknya peperiksaan final untuk sem ini semakin hampir. Adakah sahabat-sahabat sekalian sudah bersedia untuk menghadapinya? Nah, hari ini Lujnah Kebajikan, PMI UTM ingin berkongsi dengan mahasiswa/i sekalian tips bagaimana untuk menghadapi peperiksaan yang bakal menjelma. We care for you, so we will share with you.




1. Semak jadual Menyemak jadual peperiksaan penting bagi menentukan masa cukup untuk belajar, khususnya pada saat-saat akhir ini. Latihan mesti diteruskan mengikut kertas peperiksaan yang akhir diduduki terlebih dulu. Ini kerana apabila tiba hari peperiksaan, calon akan belajar subjek yang akan diuji pada hari pertama peperiksaan. Jika melakukan demikian, bermakna anda telah membuat persiapan yang menyeluruh dan tidak ada subjek tertinggal atau tidak dipelajari.


2. Kunci peperiksaan Apakah kunci kepada peperiksaan? Peperiksaan menuntut calon membuat banyak latihan dan ulang kaji bagi mengingati pelajaran lalu, selain mengelak diri daripada lupa fakta ketika menjawab soalan. Oleh itu, anda jangan jemu untuk terus membuat ulang kaji, terutama menggunakan kertas peperiksaan tahun terdahulu atau soalan seiras. Langkah itu akan membiasakan anda dengan soalan standard, di samping membolehkan ingatan anda kekal dan berpanjangan.


3. Tentukan keutamaan Belajar pada saat-saat akhir juga perlu mengutamakan mata pelajaran atau kemahiran yang masih belum atau kurang dikuasai. dalam hal ini, jangan sekali-kali belajar subjek yang anda sukai saja, sebaliknya merangkumi semua. Ini kerana setiap peperiksaan akan membabitkan semua subjek dipelajari, bukannya berdasarkan minat seseorang calon.


4. Banyak mengingat dan membuat kaitan Mengingat adalah satu perkara penting yang mesti dilakukan calon dalam menghadapi peperiksaan. Pelbagai cara boleh anda digunakan untuk mengingat, antaranya belajar berulang kali mengenai sesuatu kemahiran. Apa-apa pun cara digunakan, terpulang kepada anda, asalkan ia dapat membantu mengingat dan membuat kaitan apabila diperlukan.


5. Merancang persiapan peperiksaan Ada tiga perkara yang mesti diamalkan calon bagi menentukan kejayaan cemerlang dalam peperiksaan. a. Pertama, sebelum peperiksaan khususnya dalam tempoh beberapa minggu ini, kuat dan tingkatkan usaha serta semangat dengan belajar secara berterusan. Selain di kolej, anda seharusnya mengambil peluang memanfaatkan masa yang ada, tidak kira di mana saja berada dengan membaca nota ringkas yang disediakan sebelum ini. Ini akan membantu anda mengingati semula apa yang telah dipelajari. Dalam pada itu, kesihatan diri jangan diabaikan. Walaupun bersemangat untuk menduduki peperiksaan, janganlah keterlaluan hingga lupa makan dan minum. Ini kerana keadaan itu boleh menyebabkan anda jatuh sakit. Tidur hendaklah mencukupi supaya anda sentiasa selesa dan dapat memberi tumpuan terhadap pelajaran sama ada ketika di sekolah mahupun sewaktu belajar sendiri di rumah. Kesihatan tubuh badan yang baik amat perlu, apatah lagi akan menduduki peperiksaan. Buat seketika, lupakan dulu perkara-perkara lain yang anda minat, sebaliknya manfaat masa yang ada dengan mengulang kaji pelajaran. Ini kerana semua perkara itu boleh dilakukan kemudian berbanding peperiksaan yang kata orang sekali seumur hidup. Jangan lepaskan peluang keemasan itu. Begitu juga dengan pengambilan makanan, seharusnya ia seimbang. Dalam masa beberapa hari ini juga, anda seharusnya makan makanan yang berzat dan boleh membantu mengembang dan mencergaskan minda anda. Setelah segala persiapan diri sudah dilakukan, anda perlu pastikan keperluan peperiksaan yang lain tidak dilupakan, seperti kalkulator, pembaris, pen dan pensil yang mencukupi dll. Pastikan peralatan ini disediakan lebih awal dan tidak lupa dibawa pada hari peperiksaan. Sebaiknya tidurlah lebih awal pada malam hari peperiksaan. Langkah itu perlu supaya anda berasa segar dan dapat menghadapi kertas peperiksaan dengan tenang tanpa sebarang masalah. b. Kedua, pada hari peperiksaan. Bangun dan pergi ke fakulti atau dewan peperiksaan lebih awal, bagaimanapun pastikan anda bersarapan terlebih dulu. Jika anda bangun lewat, bukan saja tidak sempat bersarapan, malah akan tergesa-gesa. Ingat, perbuatan tergesa-gesa menjanjikan pelbagai masalah, antaranya membuatkan anda panik lalu tidak dapat menumpukan terhadap peperiksaan. Sebelum itu, jangan lupa telefon ibu bapa dan minta mereka mendoakan kita dapat menjawab soalan dengan jayanya. Ketika berada dalam dewan peperiksaan, anda hendaklah dalam keadaan tenang dan anggaplah peperiksaan itu sebagai perkara biasa. Untuk menenangkan diri jika menggelabah, anda tariklah nafas panjang-panjang. Langkah itu membantu jantung anda mendapat bekalan oksigen yang mencukupi, sekali gus menghilangkan rasa gugup dan bimbang. Apabila menjawab soalan, sekali lagi anda perlu tenang. Setelah diberi kebenaran oleh pengawas peperiksaan, jawablah soalan yang anda fikir mudah dulu. Jangan guna masa terlalu banyak untuk menjawab soalan sukar itu, sebaliknya terus selesaikan soalan lebih mudah. Soalan susah yang ditinggalkan sementara itu jangan diabaikan, tetapi dibuat kemudian. Jika menjawab soalan objektif, ketelitian amat perlu. Menentukan pilihan jawapan yang tepat amat penting.


Pastikan jawapan yang kita pilih dalam kertas soalan sama dengan huruf pada kertas jawapan. Seandainya tersalah tanda, padamkan betul-betul sehingga hilang tanda hitam pensel Walaupun sudah yakin jawapan yang diberi, baik bagi soalan objektif mahupun subjektif, semakan sebelum kertas jawapan diserah kepada pengawas peperiksaan adalah perlu dalam memastikan semuanya betul dan sudah dijawab. Oleh itu, peruntukkan sedikit masa untuk tujuan semakan terakhir. Pembahagian masa yang betul amat perlu ketika menjawab soalan. Gunakan masa yang diperuntukkan dengan berkesan. Jangan sekali-kali alpa atau khayal sewaktu menjawab kerana langkah itu akan merugikan anda. c. Ketiga, selepas peperiksaan. Setelah menduduki sesuatu kertas peperiksaan, anda tidak digalakkan berbincang dulu dengan rakan atau sesiapa mengenainya. Ini perlu bagi mengelakkan perasaan kecewa jika didapati jawapan anda terpesong atau salah. Jika ini berlaku, anda mungkin hilang semangat atau fikiran terganggu ketika menjawab kertas soalan berikutnya. Sebaiknya, bincang kertas soalan itu setelah peperiksaan berakhir. Langkah terbaik, beri tumpuan penuh untuk menjawab soalan, bukannya menyemak jawapan.


6. Elakkan terbabit dengan situasi yang boleh mengganggu perasaan Menjelang peperiksaan, pelbagai dugaan mungkin dihadapi. Oleh itu, anda seharusnya sentiasa bersedia menghadapi apa saja dugaan yang boleh mengganggu perasaan. Selepas menunaikan solat lima waktu, berdoalah supaya Allah SWT tenangkan perasaan dan dapat fokuskan tumpuan terhadap peperiksaan.


7. Berdoa dan bertawakal Sering kali kita was-was ataupun tidak yakin dengan apa yang dilakukan. Dalam hal peperiksaan, anda tidak seharusnya kurang yakin dengan kemampuan diri jika sudah membuat persiapan rapi sejak awal lagi. Sepatutnya kita berdoa dan tawakal kepada Allah SWT kerana usaha itu adalah senjata terakhir bukan saja untuk membina keyakinan diri, malah mencapai kejayaan.


Itulah di antara tip-tip yang boleh digunakan oleh kalian sebagai panduan persedian dan meghadapi peperiksaan tidak lama lagi. Di harap dengan panduan tip-tip di atas, kita semua akan berkeyakinan dan membuat persiapan yang cukup untuk menghadapi ujian itu nanti. Semoga berjaya!

Friday, March 18, 2011

ADA HARTA MENJADI BALA ATAU KEBAIKKAN?

Bismillahiraohmanirrohim,

Terdapat empat golongan manusia yang tidak akan merasa runsing atau gelisah, ketika seluruh manusia menempuh kegawatan pada hari kebangkitan di Mashsyar kelak. Malah golongan berkenaan akan ditempatkan oleh Allah SWT di suatu bukit “ KASTURI” yang sangat harum dan nyaman. Betapa mewah dan selesanya keadaan mereka sebelum memasuki syurga lagi.
Golongan bertuah itu seperti dijelaskan oleh Sabda Rasulullah S.A.W.sebelum yang bermaksud:

1) “Seorang yang membaca al-Quran semata-mata untuk mendapat keredaan Allah SWT.
2) Orang yang menjadi iman(imam solat atau pemimpin masyarakat) dalam situasi disenangi(diredai) orang ramai.
3) Seseorang yang melaungkan azan di masjid dan berdoa kepada Allah Azza wa Jalla semata-mata untuk mendapatkan ganjaran Allah SWT.
4) Seseorang yang dibala dengan harta(sama ada kemisikinan atau kekayaan) di dunia, tetapi ujian harta tersebut tidak menjejaskan amalan akhirnya”.

Golongan pertama, ialah mereka yang penuh keyakinan bahawa membaca al-Quran adalah ibadat yang disukai Allah SWT. Mereka senantiasa membacanya, bukan untuk berlagu dan menarik perhatian orang ramai, sebaliknya hanya untuk mendapatkan reda dari Allah SWT.
Disamping membaca, mereka berusaha memahami maksud dan mengambil hidayah, hukum hakam, iktibar serta peringatan daripada wahyu Allah SWT yang dibacanya itu.

Golongan Kedua, ialah orang yang jadi imam kepada sesuatu kaum, sama ada imam solat atau imam sebagai pemimpin masyarakat. Dalam keadaan orang ramai reda dan menyukainya, disebabkan akhlaknya yang mulia, nasihatnya yang baik dan menepati kehendak Allah SWT serta kepimpinannya yang adil.

Golongan Ketiga, ialah seorang lelaki yang azan di masjid, musalla atau di mana jua kerana Allah Taala, semata-mata azan untuk mendapat pahala kerana sebutan pertama dalam azan adalah menyebut nama Allah SWT dan Rasul-Nya.
Mereka melaungkan azan kerana terdapat didalam azan perkataan dan seruan yang baik, mengajak manusia mendirikan solat ( hayya alas solah) dan mengajak manusia mencapai kejayaan ( hayya alas falah ). Nasihat yang baik termasuk seruan “As Solatu Khairun Minan Naum” ( sembahyang lebih baik daripada tidur).

Golongan Keempat, ialah seorang yang ditimpakan bala(ujian) harta oleh Allah SWT di dunia ini, tetapi bala itu tidak menjejaskan amalan akhiratnya. Diuji dengan rezeki sama ada miskin ataupun kaya. Kemiskinan sememangnya menyusahkan seseorang . Tetapi kekayaan juga boleh jadi ujian yang berat kepada manusia.


Kekadang-kadang orang yang kaya sangat berat untuk menderma, kerana walaupun hartawan kadangkala hatinya miskin (bakhil). Berat untuk mengeluarkan harta bagi kebajikan orang lain.
Namun golongan keEMPAT yang dinyatakan oleh Rasulullah SAW, itu, bala rezeki sama ada miskin atau kaya tidak menjejaskan kerja amalannya untuk akhirat.
Dalam susah kerana dibalakan dengan kemiskinan, mereka masih mampu menyenarai dan memperuntukkan sebahagian hartanya untuk menderma bagi kepentingan agama walau sedikit tetapi ikhlas untuk pahala akhirat, di samping untuk keperluan diri dan rumah tangganya.
Kekayaan juga kadangkala menjadi malapetaka kepada seseorang, mereka terlalu sibuk untuk mengurusnya hingga lupa kebajikan jiran tetangga dan ahli masyarakat yang miskin serta memerlukan.

Sebahagian hartawan pada umumnya merasa kehidupannya amat selesa, keselesaan menjdikan mereka lupa Tuhan tempat bergantung segala-galanya. Justeru masyarakat sekeliling tidak mendapat sebarang manafaat daripada kekayaan hartawan itu, kerana harta mereka sedang dilabur dalam mana-mana instituasi kewangan yang menjanjikan keuntungan lumayan.
Bagaimanapun Nabi S.A.W. menegaskan, ada orang yang diselamatkan oleh Allah SWT daripada bala harta, kekayaan tidak menjdikan mereka lupa daratan sebagaimana yang terjadi kepada Tsa’labah dan Qarun.


Orang yang diselamatkan Allah SWT itu, semakin dia hartawan semakin meningkat rasa tanggungjawabnya, bahkan bersyukur kepada Tuhan yang mengurniakan harta melimpah.
Dengan harta yang banyak itu mereka banyak pula mengeluarkan zakat, bermurah hati membantu orang yang memerlukan, kerana dia sedar bahawa harta dan dirinya hanya PINJAMAN dan AMANAH Allah SWT.

Jika kehidupan di dunia manusia memerlukan harta dan wang untuk menyelesaikan pelbagai urusan, di akhirat juga manusia memerlukan sesuatu untuk mencapai kebebasan daripada azab neraka, juga untuk memasuki syurga yang dijanjikan Allah SWT.
Yang dimaksudkan “SESUATU” itu adalah pahala. Pahala adalah tanda keredaan Allah SWT. Harapan seseorang untuk mencapai kebahagian akhirat dalam syurga, hanya jika pahala mengatasi dosa.

Antara cabang pahala di akhirat kelak adalah pahala akan menjadi nur (cahaya). Cahaya menjadi suatu keperluan manusia di alam barzah dan juga akhirat. Jika manusia terpaksa menyediakan lampu untuk menerangi rumah pada malam hari yang gelap gelita, maka mereka juga mesti berusaha untuk menyediakan cahaya untuk dirinya di akhirat.
Solat yang khusyuk dan sempurna adalah antara ibadat yang akan menjadi cahaya bagi menerangi seseorang pada hari akhirat kelak.

Orang lain tidak mungkin dapat menumpang cahaya dari nor ibadat seseorang pada hari akhirat. Kerana cerah cahaya pada hari akhirat itu ibarat cerah penglihatan seseorang, yang manaafatnya hanya untuk individu berkenaan sahaja. “Orang buta tidak mungkin matanya dapat menumpang cerah penglihatan orang lain”..Amin

Hanya dengan Allah SWT kita menyerah diri, agar memperolehi taufik dan hidayah-Nya
Sekian.

Ayuh kita imarahkan Iftar Mahabbah PMI UTM

Monday, November 8, 2010

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN AKHIR!!!


“Rabbi yassir wala tu’assir wa tammim umurona bil khair waj ‘alna minan najihin fiddunya wal akhirah…”

Aminnnn….

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Maaf, Lujnah Kebajikan PMIUTM (LKPMIUTM) sudah lama tidak menulis, menukil atau berkongsi sebarang perkembangan dan lain-lain lagi atau ayat yang lebih tepatnya meng’update’ blog ini disebabkan beberapa masalah yang tidak boleh dielakkan. Sepuluh jari kami susun di atas kesulitan ini. InsyaAllah selepas ini blog ini akan di’update’ selalu (^_^).. Ribuan terima kasih buat para pembaca yang setia dan sudi menjenguk blog LKPMIUTM.

Tanggal 8 November 2010 merupakan hari pertama bermulanya ‘peperangan’ terbesar bagi insan yang bergelar mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Setelah satu semester mahasiswa dan mahasiswi UTM berhempas pulas menghadiri kuliah, menyiapkan tugasan, ‘presentation project’, ujian dan kuiz, PSM dan lain-lain lagi bagi memperolehi separuh daripada markah keseluruhan, kini tibalah masanya mahasiswa dan mahasiswi mencurahkan idea dan ilmu yang telah dipelajari dan dihadami sebelum ini di atas berkeping-keping kertas yang sinonim dengan peperiksaan.

Dalam pada masa kita semua sibuk menelaah dan mengulangkaji pelajaran, perkara-perkara sampingan jangan dilupa. Di samping kita semua bergantung harapan pada Allah SWT dan menjaga hubungan denganNYA, jangan pula kita lupa perkara-perkara sampingan yang boleh mendatangkan mudharat kepada minda dan hati kita. Di sini, LKPMIUTM ingin berkongsi akan perkara-perkara yang boleh membuatkan minda kita tumpul. Antaranya:

· Kurangkan makan bawang besar

· Kurangkan makan berempah

· Kurangkan makan ketumbar kering

· Kurangkan menonton hiburan

· Kurangkan membaca majalah hiburan

· Kurangkan ketawa yang panjang atau terbahak-bahak

· Kurangkan minuman air batu,air dalam tin(100 plus dan lain2)

· Kurangkan makan organ dalaman ayam terutamanya kanak2

· Jangan makan kepala ikan

· Jangan minum air yang ada semut

· Jangan tidur selepas subuh

· Jangan tidur selepas asar

· Jangan tidur selepas makan

· Jangan makan terlalu kenyang

· Jangan makan berat selepas jam 9.00 malam

· Jangan menyapu rumah pada waktu malam

· Jangan makan yang masam-masam berlebihan

· Jangan dicampur makan laut dan darat dalam satu hidangan

· Jangan minum susu selepas memakan daging/ayam

Sebaliknya Imam Shafie ada memberi petua untuk menajamkan minda dan akal kita iaitu dengan:

· tidak banyak berbual kosong

· rajin bersugi (gosok gigi)

· bercakap dengan orang soleh

· bergaul dengan para ulama

Sehubungan dengan itu, pihak LKPMIUTM ingin mengucapkan selamat menghadapi peperiksaan akhir semester kali ini dengan penuh semangat, tabah dan berharap agar mahasiswa mahupun mahasiswi telah membuat persiapan mental mahupun fizikal untuk meneruskan perjuangan.

“Bitaufiq wa Najah!!!”

Thursday, August 5, 2010

SEJIWA' 10


Alhamdulillah sudah hampir beberapa minggu program SEJIWA' 10 melabuhkan tirainya. Namun sehingga kini masih terngiang-ngiang setiap bait kata yang di diperkatakan oleh ustaz hasrizal. Setiap perkataan yang diungkapkan mempunyai messagenya yang tersendiri sehinggakan sehari berlalu tanpa sedar. Slot pertama berkaitan percaya untuk berjaya, saya yakin slot ini telah berjaya menjadi perangsang baru kepada para mahsiswa bagi terus melangkah dengan lebih maju kehadapan. Slot berkaitan kuasa rancang untuk menang pula amat menekankan kepentingan perancangan yang rapi dan tersusun. Ini kerana dengan perancangan yang tersusun sudah pasti ianya lebih memudahkan kita untuk menggapai kejayaan.Dan slot terakhir pula berkaitan solat. Di sini kita dapat melihat bagaimana solat itu teramat-amat penting dalam kehidupan seorang muslim. Oleh itu, saya yakin dan percaya semua mahasiswa yang datang pada hari tersebut mendapat banyak ilmu-ilmu baru. Dan program ini dirasakan banyak membantu mahasiswa dalam memotivasi diri mereka. Oleh yang demikian, di kesempatan yang ada ini saya mewakili lujnah kebajikan ingin merakamkan sekalung ucapan terima kasih kepada mahasiswa yang telah turut serta pada hari tersebut dan kami ingin memohaon maaf atas segala kekurangan sepanjang program tersebut berlangsung.Semoga ilmu yang diperolehi dapat kita aplikasikan dalam kehidupan seharian bagi menjadi diri lebih berjaya. Bukan sahaja berjaya di dunia tetapi yang lebih utama adalah di negeri yang kekal selamanya..Insyaallah........

-YOU ARE WHAT YOU BELIEVE-

Thursday, July 8, 2010

Ayuh Kita Bina Semangat Baru

Assalamualaikum..
Belum terlambat rasanya kami daripada Lujnah Kebajikan PMIUTM mengucapkan ahlan wasahlan kepada mahasiswa/i baru yang telah menjejakkan kaki ke bumi UTM (Universiti Tarbiyah Mahasiswa/i). Tidak lupa, juga kami mengucapkan ahlan wasahlan kepada mahasiswa/i yg telah lama berada di UTM.

Ayuh mahasiswa/i, kita bina semangat baru. Kita bina azam baru. Buat mahasiswa/i, rebutlah segala peluang kemahiran yang terdapat di UTM yang mana peluang-peluang tersebut tidak diajar di dewan kuliah masing-masing.