Monday, November 8, 2010

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN AKHIR!!!


“Rabbi yassir wala tu’assir wa tammim umurona bil khair waj ‘alna minan najihin fiddunya wal akhirah…”

Aminnnn….

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Maaf, Lujnah Kebajikan PMIUTM (LKPMIUTM) sudah lama tidak menulis, menukil atau berkongsi sebarang perkembangan dan lain-lain lagi atau ayat yang lebih tepatnya meng’update’ blog ini disebabkan beberapa masalah yang tidak boleh dielakkan. Sepuluh jari kami susun di atas kesulitan ini. InsyaAllah selepas ini blog ini akan di’update’ selalu (^_^).. Ribuan terima kasih buat para pembaca yang setia dan sudi menjenguk blog LKPMIUTM.

Tanggal 8 November 2010 merupakan hari pertama bermulanya ‘peperangan’ terbesar bagi insan yang bergelar mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Setelah satu semester mahasiswa dan mahasiswi UTM berhempas pulas menghadiri kuliah, menyiapkan tugasan, ‘presentation project’, ujian dan kuiz, PSM dan lain-lain lagi bagi memperolehi separuh daripada markah keseluruhan, kini tibalah masanya mahasiswa dan mahasiswi mencurahkan idea dan ilmu yang telah dipelajari dan dihadami sebelum ini di atas berkeping-keping kertas yang sinonim dengan peperiksaan.

Dalam pada masa kita semua sibuk menelaah dan mengulangkaji pelajaran, perkara-perkara sampingan jangan dilupa. Di samping kita semua bergantung harapan pada Allah SWT dan menjaga hubungan denganNYA, jangan pula kita lupa perkara-perkara sampingan yang boleh mendatangkan mudharat kepada minda dan hati kita. Di sini, LKPMIUTM ingin berkongsi akan perkara-perkara yang boleh membuatkan minda kita tumpul. Antaranya:

· Kurangkan makan bawang besar

· Kurangkan makan berempah

· Kurangkan makan ketumbar kering

· Kurangkan menonton hiburan

· Kurangkan membaca majalah hiburan

· Kurangkan ketawa yang panjang atau terbahak-bahak

· Kurangkan minuman air batu,air dalam tin(100 plus dan lain2)

· Kurangkan makan organ dalaman ayam terutamanya kanak2

· Jangan makan kepala ikan

· Jangan minum air yang ada semut

· Jangan tidur selepas subuh

· Jangan tidur selepas asar

· Jangan tidur selepas makan

· Jangan makan terlalu kenyang

· Jangan makan berat selepas jam 9.00 malam

· Jangan menyapu rumah pada waktu malam

· Jangan makan yang masam-masam berlebihan

· Jangan dicampur makan laut dan darat dalam satu hidangan

· Jangan minum susu selepas memakan daging/ayam

Sebaliknya Imam Shafie ada memberi petua untuk menajamkan minda dan akal kita iaitu dengan:

· tidak banyak berbual kosong

· rajin bersugi (gosok gigi)

· bercakap dengan orang soleh

· bergaul dengan para ulama

Sehubungan dengan itu, pihak LKPMIUTM ingin mengucapkan selamat menghadapi peperiksaan akhir semester kali ini dengan penuh semangat, tabah dan berharap agar mahasiswa mahupun mahasiswi telah membuat persiapan mental mahupun fizikal untuk meneruskan perjuangan.

“Bitaufiq wa Najah!!!”